Informasi Permainan Video Terkini
Team Liquid Menjuarai The International 2017 – Membawa Pulang RM46 Juta

Team Liquid Menjuarai The International 2017 – Membawa Pulang RM46 Juta

Diterbitkan pada Ogos 13, 2017 oleh .

The International 2017 atau Ti7 akhirnya menutup tirai dengan kejuaraan Team Liquid bagi pertandingan Dota 2 tersebut. Pasukan Eropah tersebut membawa pulang sebanyak $10.8 juta (~RM46 juta) setelah mengalahkan kumpulan Newbee yang mendapat $3.9 juta(~RM16.7 juta) setelah menduduki tempat kedua.

Team Liquid berjaya mengalahkan Newbee dengan skor 3-0 set di dalam pertandingan tersebut. Kemenangan Team Liquid dengan skor 3-0 merupakan pasukan pertama di dalam sejarah The International yang mendapat skor sedemikian. Walaupun Team Liquid berada di lower bracket ketika pertandingan tersebut, mereka berjaya menaiki ke tahap lebih tinggi sehingga ke pertandingan akhir. Kedua-dua pasukan tersebut memaparkan prestasi permainan yang sangat mantap ketika permulaan kejuaraan Ti7 sehingga ke pertandingan akhir. Walaupun akhirnya pasukan Newbee tewas Team Liquid, mereka memapar permainan yang sangat baik ketika perlawanan suku akhir bersama pasukan LFY dengan kemenangan 2-1.

Kami di Aksiz ingin mengucapkan tahniah kepada Team Liquid atas kemenangan The International 2017.