Selepas pengundian untuk memilih pemenang bagi The Steam Awards, Steam akhirnya mengumumkan pemenang-pemenang untuk setiap kategori yang dipertandingkan. Mengalahkan pencabar seperti Hades dan Doom Eternal, Red Dead Redemption 2 telah diumumkan sebagai pemenang untuk permainan terbaik tahun 2020.
Walaupun dikeluarkan sejak tahun 2018 lagi akan tetapi Red Dead Redemption 2 dikeluarkan untuk PC termasuk juga di Steam pada Disember 2019, oleh itu ia tidak tersenarai untuk The Steam Awards 2019 sebaliknya untuk tahun tahun ini.
Selain itu, Red Dead Redemption 2 juga memenangi Penceritaan Terbaik mengalahkan permainan seperti Detroit: Become Human dan Horizon Zero Dawn.
Berikut adalah senarai pencalonan dan juga pemenang untuk kesemua kategori;
Permainan Terbaik
Permainan VR Terbaik
Permainan Berterusan Terbaik
Permainan Multi-Pemain Terbaik
Permainan Paling Inovatif
Permainan Dengan Penceritaan Terbaik
Permainan Sukar Terbaik
Permainan Dengan Visual Terbaik
Permainan Dengan Muzik Latar Terbaik
Permainan Kasual Terbaik