Skip to main content

Bagi anda yang sering bermain permainan rentak muzik, anda pasti mengetahui permainan Deemo oleh Rayarks Games di mana ia bukan sahaja dilancarkan di peranti telefon pintar malah di konsol.

Terkini, Rayark Games mengumumkan satu permainan baharu di dalam projek seterusnya mereka iaitu Binary Gods di mana ia lebih memfokuskan permainan beraksi.

Melalui video acah di atas, ia memperlihatkan konsep permainan tersebut yang lebih memfokuskan bentuk beraksi dan pemain kelihatan akan mengawal seorang robot dan bertempur dengan pelbagai jenis musuh di dalam dunia distopia.

Video acah tersebut juga memperlihatkan paparan antaramuka permainan yang kelihatan mempunyai bentuk kawalan permainan dengan skrin sesentuh, sekaligus kami berasa ia akan dilancarkan di peranti telefon pintar.

Buat masa ini, tiada informasi lanjut yang dikongsikan termasuklah platform, penceritaan mahupun tarikh pelancaran

Leave a Reply