Bagi anda yang menyukai permainan pengembaraan seakan siri The Legend Of Zelda iaitu siri Oceanhorn oleh Cornfox & Bros, terkini mereka mengumumkan permainan seterusnya buat siri tersebut iaitu Oceanhorn: Chronos Dungeon akan tiba di Apple Arcade.
Oceanhorn: Chronos Dungeon merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan visual pixel di mana ia bertempatkan 200 tahun selepas permainan Oceanhorn 2. Melaluinya, ia menyertakan bentuk permainan koperasi sehingga empat pemain di mana pemain boleh bekerjasama untuk menumpaskan musuh-musuh di Dungeon di samping menerima pelbagai ganjaran.
Dengan pengumuman permainan ini, Cornfox & Bros juga kini telah mengembangkan lagi siri permainan Oceanhorn kepada dunia yang lebih meluas sekaligus menghasilkan satu siri permainan dengan penceritaan yang lebih mendalam.
Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan namun ia disahkan akan tiba di Apple Arcade tidak lama lagi.