Netflix mempunyai banyak kandungan dokumentari. Dari yang seram, sedih, ngeri, permainan video, komedi dan banyak lagi. Banyak dokumentari Netflix adalah asli dan anda tidak boleh tonton di tempat lain. Terkini, akan ada satu dokumentari komedi berjudul – History Of Swear Words.

Seperti judulnya, ia adalah dokumentari yang berbincang mengenai asal-usul kata-kata kesat yang popular. Apa sahaja yang terlintas dalam fikiran anda sekarang, mungkin akan diceritakan asal-usulnya. Apa yang menarik adalah, Nicolas Cage dipilih sebagai hos dokumentari ini.

Banyak yang akan dirungkai, contohnya asal usul perkataan kesat F**k. Anda akan terkejut yang ia sebenarnya adalah akronim etimologi yang berkaitan sesuatu perkara tidak baik yang dibenarkan oleh Raja suata ketika dahulu. Jika anda ingin ketahui asal-usul kata-kata kesat, ini adalah dokumentari untuk anda.

History Of Swear Words akan disiarkan di Netflix Malaysia pada 5 Januari 4 petang.

Sohor Kini