M. Night Shymalan adalah pengarah yang cukup terkenal dengan filem-filem yang suspen dan juga filem yang bermain dengan tema psikologi. Antara filem beliau yang seronok adalah The Sixth Sense, Unbreakable, Glass, dan terbaru siri TV Servant di Apple TV+.

Percaya atau tidak yang M. Night Shymalan pernah berbincang dengan Marvel, DC dan beberapa studio lain untuk filem adiwira. Tetapi nampaknya tiada perbincangan yang membawa ke keputusan muktamad untuk M. Night Shymalan terlibat dengan studio-studio ini. Dalam temuramah bersama Comicbook.com, M. Night Shymalan menyatakan yang jika diberikan peluang hadir dengan filem adiwira – filem ini akan dihasilkan dengan gaya dan idea beliau sendiri.

Contohnya, filem beliau mungkin tidak akan menggunakan CGI dan banyak praktikal. Filem beliau juga adalah jenis yang gerun, suspen, gila atau banyak tema psikologi. Jadi mungkin studio tidak gemar dengan idea beliau dan disebabkan itu sehingga hari ini, tiada filem adiwira terkenal dari pengarah hebat ini. Kemudian, mungkin juga jika beliau setuju – studio akan menandatangani kontrak dalam jangka masa yang panjang dan M. Night Shymalan bukannya seseorang yang gemar hadir dengan filem sekuel atau francais.

Francais M. Night Shymalan hanya ada satu, iaitu Glass, Unbreakable dan Split. Itu pun pada asalnya adalah satu filem, tetapi sebab terlalu panjang ia diasingkan menjadi filem berbeza dan terus dikaitkan menjadi satu francais adiwira. Dengan trend watak-watak komik dijadikan sebagai satu filem serius, ganas, 18+ atau seakan di dunia nyata seperti Joker atau Logan – M. Night Shymalan ada peluang untuk hadir dengan satu filem adiwira atau memfokuskan watak penjenayah.

Harapnya kita boleh lihat satu filem sebegini dari M. Night Shymalan di masa akan datang.

Sohor Kini