Netflix baru-baru ini hadir dengan satu filem pendek bersempena dengan hari Krismas. Skrip filem ini dikatakan dihasilkan oleh bot yang telah menonton beribu-ribu jam filem Krismas. Kemudian, bot ini hadir dengan skrip dan Netflix hadir dengan satu filem animasi.
Filem ini sangat aneh, pelik tetapi lucu membuatkan saya sendiri ketawa. Tetapi bukan ketawa kerana ia lucu, ketawa kerana ia aneh, janggal dan mengarut. Filem ini turut mempunyai suara latar yang menjelaskan apa yang sesuatu watak itu lakukan. Contohnya, ada adegan di mana Santa mengubah Elf menjadi manusia. Suara latar ini menjelaskan, “Santa kemudiannya menggunakan magis beliau untuk mengubah Elf menjadi manusia agar manusia ini boleh bercinta dengan manusia perempuan”.
Skripnya juga aneh seperti “Jika kamu tidak mencintai Carol (watak utama), kamu akan berubah menjadi tiga hantu Krismas”.
Skrip ini dihasilkan oleh Keaton Patti, iaitu seorang penulis komedi. Menurut beliau, bot yang dilatih ini menonton 1000 jam filem Krismas dari Hallmark dan melatihnya untuk menghasilkan skrip. Tetapi seorang pakai kecerdasan buatan telah mendedahkan kebenaran.

Skrip ini ditulis oleh manusia dengan gaya seakan bot yang menjana skrip ini. Bukti turut menjelaskan yang menjelaskan tahun 2017, Hallmark sudah mempunyai 136 filem Krismas dan itu tidak cukip untuk mencapai 1000 jam. 1000 jam tontonan bermakna satu filem perlku mempunyai durasi 6-7 jam. Jadi, ini adalah satu gimik dan komedi dari Keaton dan Netflix. Walaupun filem pendek ini aneh, tetapi ia akan menggelikan hati kerana kejanggalan yang membuatkan anda pecah kepala – “Kenapa filem ini wujud”.
Lain-lain filem pendek sempena Krismas adalah seperti “A Recipe for Seductio” iaitu filem romantik Colonel Sanders dari Lifetime dan KFC.