E-sukan boleh menjadi sebuah kerjaya yang sangat lumayan jika anda berjaya meraih kemenangan-kemenangan besar di acara-acara e-sukan yang berlangsung secara tempatan dan antarabangsa.

Akan tetapi, nampaknya masih ramai dikalangan mereka yang tidak sedar bahawa wang yang dimenangi itu masih boleh dikenakan cukai, dan secara rata-rata, mereka tidak tahu bagaimana untuk membayarnya.

Oleh itu, Persatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur (ESKL) dikatakan sedang dalam proses untuk mewujudkan kempen kesedaran membayar cukai dikalangan atlet-atlet ini pada tahun hadapan.

Menurut president ESKL, Hisham Darus, “Bermula 2021, ESKL akan menjalankan kejohanan sert aaktiviti bersekali dengan kempen kesedaran membayar cukai dalam kalangan penggiat e-sukan untuk memberitahu mereka bahawa wang kemenangan tersebut bukan milik mutlak mereka.”.

“Sebahagian daripada wang kemenangan perlu diserahkan kepada negara untuk kemajuan negara, khususnya untuk menampung pembangunan e-sukan.”.

Ia dianggarkan bahawa kerajaan mampu memperoleh sehingga RM100 juta sekiranya atlet-atlet e-sukan yang berjaya ini membayar cukai pendapatan daripada kemenangan mereka.

Menurut beliau lagi, sudahpun ada beberapa atlet yang telah meminta bantuan darinya mengenai notis-notis daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Neger tentang cukai-cukai yang tertunggak. Malah, ada daripada mereka yang telahpun memasuki mahkamah akibat isu ini.

PIhak ESKL nampaknya juga akan cuba berbincang dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk cuba mendapatkan e-sukan sebagai salah satu daripada sukan yang terkecuali daripada dicukai oleh pihak LHDN.

Sohor Kini