E-sukan telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Sukan Asia 2018 yang diadakan di Indonesia. Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Majlis Olimpik Asia telah mengesahkan bahawa ia akan kembali untuk edisi seterusnya acara tersebut.
Acara Sukan Asia 2022, yang akan berlangsung di Hangzhou, China nampaknya akan memperlihatkan e-sukan sebagai acara sukan rasmi sekali lagi, dan akan dikategorikan dibawah “acara intelektual” seperti catur.
Ini adalah sebuah keputusan yang besar kerana walaupun permainan e-sukan diperkenalkan pada acara Sukan Asia sebelum ini, ia hanyalah sebagai sebuah acara pameran dan tidak dikira sebagai sukan rasmi acara tersebut.
Buat masa ini, nampaknya tajuk-tajuk e-sukan yang akan diperkenalkan tidak diketahui lagi, tetapi pada acara Sukan Asia sebelum ini, permainan-permainan seperti League of Legends, Arena of Valor, Pro Evolution Soccer 2018, StarCraft II, Hearthstone, dan Clash Royale telah dimainkan.