Filem Resident Evil akan diolah semula menjadi filem seram. Berita ini sudah kedengaran sejak tahun lepas lagi, hanya pada Oktober lepas senarai pelakon telah didedahkan. Filem ini akan memfokuskan kepada awal-awal permainan video, sekitar tahun 1998 di bandar Racoon City. Filem ini dikatakan adalah sejenis filem seram dan akan lebih dekat dengan permainan video untuk menarik hati peminat Resident Evil.

Sumber: Robbie Amell (pelakon Chris Redfield)

Kaya Scodelario (Maze Runner) sebagai Claire RedfieldHannah-John Kamen (Ant-Man and The Wasp) sebagai Jill ValentineRobbie Amell (Upload) sebagai Chris RedfieldTom Hopper (The Umbrella Academy) sebagai Albert WeskerAvan Jogia (Zombieland: Double Tap) sebagai Leon S. Kennedy dan Neal McDonough (Yellowstone) sebagai William Birkin adalah pelakon-pelakon yang diumumkan, yang mana akan menjadi sedikit berbeza dengan filem lama yang memfokuskan watak Alice lakonan Milla Jovovich.

Terkini, filem ini telah disahkan oleh Constantin Film yang ia akan tiba pada September 2021. Filem ini akan ditulis dan diarahkan oleh Johannes Roberts, yang mana adalah pengarah bagi filem 47 Meters Down dan juga sekuelnya 47 Meters Down: Uncaged. Butiran lanjut mengenai filem ini, seperti musuh utama, sinopsis dan di manakah ia akan disiarkan/ditayangkan masih belum diketahui. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini