Skip to main content

Pada bulan Januari tahun ini, kami telah melaporkan yang siri TV Resident Evil akan dibangunkan sebagai siri dalam Netflix Originals. Tetapi sehingga hari ini masih tiada berita lagi mengenainya. Walau bagaimanapun, kini terdapat laporan mengatakan yang filem Resident Evil akan diolah semula.

Pengarah yang bertanggungjawab buat filem olahan semula Resident Evil adalah Johannes Roberts. Johannes sebelum ini telah mengarah filem seperti 47 Meters Down dan juga sekuelnya 47 Meters Down: Uncaged. Menurut beliau memang benar ada filem Resident Evil yang akan diolah semula, tetapi tidak banyak maklumat yang boleh dikongsikan. Menurut beliau, filem ini akan menjadi filem yang sangat seram dan akan mempunyai elemen-elemen daripada permainan video.

Secara tidak langsung, ini memberi petanda yang berkemungkinan besar filem ini kelak akan mempunyai fan service bagi menarik perhatian peminat-peminat permainan video Resident Evil. Tiada sebarang tarikh atau maklumat pelakon, tetapi harapnya filem ini akan menjadi satu filem yang baik – sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply