Skip to main content

Francais filem Resident Evil adalah filem berasaskan permainan video Resident Evil. Ia memfokuskan watak Alice, lakonan Milla Jovovich. Filem ini tidak menerima sambutan yang baik, kerana ia lari dari asal-usul sebenar dan tidak mempunyai kualiti yang baik. Tetapi, filem olahan semula telah kedengaran sejak tahun lepas – yang dilaporkan akan diarahkan dan ditulis oleh Johannes Roberts dan Constantin Films kekal sebagai penerbit.

Johannes Roberts adalah pengarah bagi filem 47 Meters Down dan juga sekuelnya 47 Meters Down: Uncaged. Menurut beliau, filem olahan semula ini adalah lebih seram dan akan lebih dekat dengan permainan video. Terkini senarai pelakon telah diumumkan, iaitu Kaya Scodelario (Maze Runner) sebagai Claire Redfield, Hannah-John Kamen (Ant-Man and The Wasp) sebagai Jill Valentine. Robbie Amell (Upload) sebagai Chris Redfield, Tom Hopper (The Umbrella Academy) sebagai Albert Wesker, Avan Jogia (Zombieland: Double Tap) sebagai Leon S. Kennedy dan Neal McDonough (Yellowstone) sebagai William Birkin.

Filem ini dilaporkan akan mengikut dua permainan video yang terawal, yang mana adalah lebih seram dan ngeri. Ia adalah filem kisah silam berlaku pada tahun 1998 di bandar Racoon City. Buat masa ini masih tiada butiran lain lagi. Tetapi senarai pelakon dilihat menarik, cuma mereka bukanlah seperti yang kami sangkakan. Harapnya ia adalah filem yang baik. Apa kata anda?

Sumber: Deadline

Leave a Reply