Wonder Woman 1984 ditayangkan di pawagam Malaysia bermula hari ini. Ini adalah pertama kali pawagam dibuka selepas berbulan lamanya ia ditutup akibat Covid-19. Itu pun, hanya lokasi terpilih sahaja. Dalam percubaan membeli tiket, kami telah terlambat kerana tempat duduk semuanya hampir penuh dan baki barisan hadapan sahaja yang tinggal.

Terkini, HBO Max dan Warner Bros. telah terbit video adegan pembukaan filem Wonder Woman 1984. Video ini memperlihatkan Diana Prince ketika masih kecil. Diana dilihat sedang berlari di dalam hutan dan kemudian menuju ke koliseum, di mana wanita-wanita Amazon sedang beraksi untuk pertandingan siapa yang paling kuat.

Ini mungkin adalah zaman di mana keluarga Diana mula menerima beliau, yang beliau adalah seorang pahlawan hebat. Antiope (lakonan Robin Wright) turut memberi nasihat kepada Diana. Diana yang kecil kemudian mula berlari untuk beraksi dan video beralih ke tahun 1984 di mana Diana mula beraksi menentang musuh.

Filem ini adalah filem sekuel, membawakan musuh seperti Cheetah dan Maxwell Lord. Filem ini turut memperlihatkan kembalinya Steve Trevor, yang mana misteri akan terjawab bagaimana beliau kembali hidup jika anda menonton filem ini.

Sohor Kini