Walaupun Marvel sudah banyak siri TV, seperti yang disiarkan di Netflix atau Hulu – setiap siri TV tersebut Marvel seakan tidak ingin mengaku yang ia berkait dengan dunia filem MCU. Tetapi, siri-siri TV MCU yang tiba di Disney+ adalah sah dan pasti berkait dengan dunia filem MCU.

Baru-baru ini, Disney telah mengumumkan 12 siri TV baharu;

  • The Falcon and the Winter Soldier
  • WandaVision
  • Loki
  • What If…?
  • Hawkeye
  • Ms. Marvel
  • Moon Knight
  • She-Hulk
  • Secret Invasion
  • Ironheart
  • Armor Wars

Terlampau banyak siri TV dan pasti tidak akan semua akan ditonton oleh semua orang. Akan ada peminat yang setia dengan filem sahaja. Jadi bagaimana peminat boleh ambil tahu sedikit sebanyak mengenai watak-watak dalam dunia MCU? Marvel baru-baru ini telah mengumumkan Marvel Studios: LEGENDS.

Siri TV ini adalah untuk imbau kembali saat-saat genting setiap adiwira, penjahat di dalam MCU. Ia adalah persediaan untuk siri-siri TV akan datang. Setiap saat dalam siri TV ini akan berkait dan penting untuk kandungan masa hadapan MCU. Siri TV Legends ini akan memfokuskan kepada dua watak terlebih dahulu, iaitu Wanda dan Vision.

Wanda yang pertama kalinya muncul dalam Avengers: Age of Ultron, akan kembali dalam Legends untuk peminat saksikan kesukaran hidup beliau selepas kematian Vison, beliau akan hilang kuasa dan tidak mampu mengawal, dan kerap setia dengan orang yang berlainan kerana mengikut hati beliau. Vision pula, kita akan dapat saksikan bagaimana makhluk ciptaan manusia dengan kuasa kecerdasan buatan ini lebih memahami nilai kemanusiaan.

Sohor Kini