Ghostrunner iaitu permainan platformer pandang pertama yang memfokuskan dunia Cyberpunk yang menjadi kesukaan saya sendiri oleh 505 Games.

Terkini, bersempena dengan perayaan Krismas dan musim salji, 505 Games dan All In! Games mengumumkan penambahan DLC baharu khas buat permainan tersebut bersama kemaskini tahap kesukaran mod “Hardcore”.

Mod “Hardcore” baharu ini merupakan kemaskini percuma buat semua pemain di mana ia membenarkan pemain untuk bermain kesemua peringkat permainan dengan tahap kesukaran yang lebih mencabar.

Pada masa yang sama, 505 Games juga mengumumkan pek DLC khas musim salji ataupun Krismas di mana mereka menyertakan pedang katana “Cold Snap” dan sarung tangan “Cold Blood Glove”.

Menurut 505 Games, kemaskini dan DLC tersebut sudah pun dilancarkan hari ini di mana ia boleh dibeli bermula RM7.99 di Steam, manakala di konsol sekitar 17 Disember ini. Akan tetapi, untuk pemain Switch, DLC dan kemaskini tersebut akan tiba pada 14 Januari 2021 ini.

Ghostrunner telah pun dilancarkan secara rasmi di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC di mana sebelum ini kami telah pun mengulaskannya melalui pautan ini.

Sohor Kini