Skip to main content

Bagi anda yang pernah memiliki konsol PlayStation yang pertama, selain daripada Crash Team Racing, Chocobo Racing semestinya adalah salah satu permainan perlumbaan kart yang sangat mengasyikkan di konsol tersebut beberapa tahun lepas.

Terkini, melalui laporan Gematsu tampaknya Square-Enix telah memfailkan tanda dagang untuk Chocobo GP dan Chocobo Grand Prix pada 1 Disember 2020 lepas di Jepun. Menurut laporan, tanda dagang tersebut difailkan dengan bahasa Jepun dan English.

Semestinya ini tidak bermakna Square-Enix semestinya akan membawa kembali siri permainan Chocobo Racing kembali dan ianya juga mungkin adalah hanya satu tanda dagang yang akan digunakan di dalam dunia permainan Final Fantasy akan datang.

Meskipun begitu, sebagai seorang peminat siri permainan perlumbaan ini, seperti anda kami sendiri juga agak teruja yang mana Square-Enix kelihatan mungkin akan membawa kembali permainan tersebut sama ada dalam bentuk olahan semula ataupun sebarang kandungan sampingan. Walaubagaimana pun, kami di Aksiz akan mengemaskini informasi lanjut jika Square-Enix mengumumkannya kelak.

Sumber: Gematsu

Leave a Reply