Kemaskini: Super Meat Boy Forever iaitu permainan susulan untuk Super Meat Boy yang dikeluarkan pada 10 tahun lepas, akhirnya dilancarkan di PC melalui Epic Games Store dan Nintendo Switch melalui eShop.


Setelah penundaan tahun lepas untuk permainan Super Meat Boy Forever, ketika acara The Game Awards 2020 Team Meat akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut di mana ia akan dilancarkan di PC melalui Epic Games Store pada 23 Disember 2020.

Super Meat Boy Forever merupakan sekuel kepada siri permainan platformer Super Meat Boy di mana ia menyertakan pelbagai peringkat baharu dengan bentuk permainan baharu dan juga peringkat permainan yang dijana kendiri.

Buat masa ini, tarikh pelancaran di platform lain masih belum diumumkan dan kami akan mengemaskini setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini