Skip to main content

Lanjutan daripada pengumuman seterusnya selepas A Way Out oleh Hazelight Studios sebelum ini, Josef Fares hari ini akhirnya memperlihatkan video acah baharu untuk permainan It Takes Two di mana ia memperlihat bentuk permainan koperasinya bersama dengan tarikh pelancaran di mana ia akan tiba pada 26 Mac 2021 ini di konsol dan PC.

Seperti permainan A Way Out sebelum ini, permainan It Takes Two ini memfokuskan bentuk permainan koperasi di mana pemain perlu bermain dengan dua orang pemain sama ada luar talian ataupun di dalam talian. Menariknya, walaupun permainan ini boleh dimainkan di dalam talian, pemain boleh memberi pas kawan khas secara percuma buat pemain kedua.

Dari segi penceritaan, permainan ini memfokuskan watak Cody dan May di mana mereka adalah manusia yang ditukarkan kepada patung. Untuk mengubah diri mereka kembali, mereka perlu mengembara dan menyelesaikan masalah hubungan mereka.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan eprmainan ini menjelang Mac ini di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One dan PC melalui Steam atau Origin.

Leave a Reply