Seperti yang dijanjikan oleh Josef Fares sebelum ini, hari ini ketika acara EA Play beliau akhirnya mengumumkan permainan seterusnya oleh studio mereka iaitu Hazelight Studios iaitu permainan It Takes Two.

Menurut Josef Fares, It Takes Two merupakan permainan aksi platformer yang sekali lagi akan memfokuskan bentuk koperasi secara dua permainan. Berdasarkan video acah di atas, pemain akan bermain sebagai May dan Cody di mana minda mereka dipindah ke patung oleh anak mereka, Rose atas sebab mereka bergaduh dan akan bercerai.

Melaluinya, pemain kelihatan perlu mengembara di dalam dunia tersebut dan Josef Fares menyatakan kali ini ia akan menyertakan bentuk pengembaraan yang lebih meluas berbanding permainan mereka sebelum ini.

Informasi lanjut akan diumumkan kemudian, namun permainan ini disahkan akan tiba di PlayStation 4, Xbox One dan PC menjelang 2021 ini.

Sohor Kini