Quantic Dream dan Jo-Mei Games ketika acara The Game Awards 2020 semalam mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Sea Of Solitude: The Director’s Cut di konsol Switch pada 4 Mac 2021 ini.
Seperti yang kami sering laporkan sebelum ini, Sea Of Solitude merupakan permainan pengembaraan di mana ia memfokuskan watak wanita bernama Kay yang menderita dengan emosi kesunyian dan menyebabkan beliau bertukar menjadi raksasa. Selepas terhanyut di kawasan bandar, pemain akan mengembara bersama Kay untuk mempelajari apakah yang berlaku terhadap beliau dan juga meneroka emosi tersebut.
Menariknya, melalui edisi The Director’s Cut ini, Jo-Mei Games menyatakan beberapa kandungan tambahan khas di konsol Switch seperti mod foto baharu, sokongan Gyroscope dan sebagainya. Anda boleh tonton video acah permainan ini di bawah.