Tahun lepas ketika acara E3 2018, Jo-Mei Games mengumumkan permainan Sea Of Solitude di mana ianya adalah permainan yang di bawah naungan EA Originals. Terkini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh rasmi permainan tersebut di mana ianya bakal tiba 5 Julai 2019 ini di Playstation 4, Xbox One dan juga PC melalui Origin.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Sea Of Solitude memfokuskan watak wanita bernama Kay yang menderita dengan emosi kesunyian dan menyebabkan beliau bertukar menjadi raksasa. Selepas terhanyut di kawasan bandar, pemain akan mengembara bersama Kay untuk mempelajari apakah yang berlaku terhadap beliau dan juga meneroka emosi tersebut.
Bagi anda yang berminat untuk mendapat permainan ini, ianya bakal tiba Julai kelak dengan harga sekitar $19.99(~RM84) di konsol dan PC.