Hood: Outlaws & Legends iaitu permainan yang diumumkan ketika acara State Of Play Ogos lepas, akhirnya menerima tarikh pelancaran di mana ia akan tiba pada 10 Mei 2021 ini di konsol PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One dan juga PC melalui Steam.

Menurut Focus Home Interactive, pemain juga boleh dapatkan akses 3 hari elbih awal iaitu bermula 7 Mei 2021 di melalui pra-tempah permainan.

Hood: Outlaws & Legends merupakan permainan multi-pemain yang memfokuskan sepasukan pemain untuk bertempur dengan sepasukan pemain lain. Menariknya, ia seakan satu permainan arena dengan elemen rompakan bertemakan zaman pertengahan abad “Medievil”. Focus Home Interactive juga menyatakan permainan ini akan menyertakan pelbagai pengubah-suaian watak dan senjata dan pelbagai sokongan pasca-pelancaran apabila ia dilancarkan kelak.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya menjelang Mei ini.

Sohor Kini