Skip to main content

Selain daripada permainan Aeon Must Die, Focus Home Interactive juga mengumumkan satu lagi permainan baharu ketika acara State Of Play iaitu Hood: Outlaws & Legends di mana ia dibangunkan oleh Sumo Digital dan memfokuskan bentuk permainan pertarungan arena secara multi-pemain.

Menurut mereka, permainan ini dibangunkan buat konsol PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X, Xbox One dan juga di PC melalui Steam di mana ia akan tiba sekitar tahun hadapan.

Hood: Outlaws & Legends merupakan permainan multi-pemain yang memfokuskan sepasukan pemain untuk bertempur dengan sepasukan pemain lain. Menariknya, ia seakan satu permainan arena dengan elemen rompakan bertemakan zaman pertengahan abad “Medievil”.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan, permainan ini kelihatan memfokuskan dua pasukan untuk mencuri harta karun yang dikawal oleh musuh NPC dan pada masa yang sama bertempur antara satu sama lain untuk mendapatkan harta karun tersebut.

Focus Home Interactive juga menyatakan permainan ini akan menyertakan pelbagai pengubah-suaian watak dan senjata dan pelbagai sokongan pasca-pelancaran apabila ia dilancarkan kelak.

Semestinya dengan permainan bertemakan arena multi-pemain, permainan ini kelihatan sangat menarik sekali dengan elemen fantasi dan “Medievil” yang mana pasti akan memberi kelainan untuk genre permainan tersebut.

Leave a Reply