Kemaskini: Striking Distance Studios kongsi video acah yang lebih panjang.
Artikel Asal: Striking Distance Studios di bawah PUBG Corp yang kami laporkan sebelum ini, kini akhirnya mengumumkan permainan seterusnya iaitu The Callisto Protocol di mana ia adalah permainan yang dihasilkan oleh pencipta siri Dead Space dan pengarah Call Of Duty Glen Schofield.
Menurut Glen, permainan ini adalah permainan seram sains fiksyen yang memfokuskan penceritaan di mana ia akan dilancarkan sekitar 2022 ini di konsol dan PC.
Dari segi kenyataan rasmi, permainan ini bertempatkan di bulan plant Musytari iaitu Callisto di tahun 2320. Dengan menyertakan elemen seram sains fiksyen seakan siri Dead Space, permainan ini semestinya akan membawa kembali elemen gerun buat pemain.
Seperti biasa kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia dikongsikan kelak.