Tahun lepas, Pearl Abyss mengumumkan permainan Crimson Desert di mana ia adalah permainan fantasi dunia terbuka MMORPG yang diletakkan di dalam dunia Black Desert iaitu salah satu permainan mereka.
Terkini ketika acara The Game Awards 2020, mereka akhirnya mempertontonkan bentuk permainannya secara rasmi di mana pada pendapat kami ia seolah permainan Assassin’s Creed bertemu Skyrim.
Seperti yang anda tonton di atas, permainan ini kelihatan mempunyai beberapa elemen aksi yang sangat meluas di dalam dunia fantasi dengan pelbagai jenis musuh akan pemain tempuhi termasuklah raksasa. Menariknya, pemain juga kelihatan boleh menunggang seekor naga dan bertempur di udara.
Berdasarkan kenyataan rasmi Pearl Abyss, permainan Crimson Desert memfokuskan di wilayah Pywel ketika peperangan di mana pemain akan bergerak dan menerokai rantau tersebut dengan bertemu dengan pelbagai jenis watak, puak, sebagai seorang askar upahan Macduff.
Menurut Pearl Abyss, permainan ini akan dilancarkan sekitar penghujung tahun hadapan di konsol dan PC.