Bagi anda yang pernah bermain permainan Ghosts N’ Goblins di NES lebih dari 30 tahun lepas, Capcom hari ini akan membawa kembali nolstagia buat anda di mana ketika acara The Game Awards 2020 hari ini, Capcom mengumumkan permainan Ghosts N’ Goblins Resurrection akan dilancarkan di konsol Switch pada 25 Februari 2021 ini.

Ghosts ‘N Goblins Resurrection merupakan permainan olahan semula berdasarkan siri tersebut di mana ia akan membawa watak Arthur kembali untuk menyelamatkan permaisuri.

Menariknya melalui permainan Ghosts ‘N Goblins Resurrection baharu ini, Capcom menyertakan beberapa tahap kesukaran yang berbeza sekaligus memberi kemudahan buat mereka yang baharu dengan siri permainan ini. Untuk pemain veteran, Capcom juga menyertakan mod kesukaran tahap Legend yang pasti akan menguji ketangkasan pemain.

Dari segi kandungan permainan, Capcom menyatakan ia mereka menghasilkan rekaan pentas yang berdasarkan siri permainan Ghosts ‘N Goblins dan Ghouls ‘N Ghosts seperti tanah perkuburan, dunia syaitan dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang Februari kelak.

Sohor Kini