Salah satu permainan yang diumumkan ketika acara PlayStation 5 beberapa bulan lepas iaitu Returnal oleh Housemarque akhirnya menerima tarikh pelancaran di mana hari ini ketika acara The Game Awards, Sony Interactive Entertainment mengumumkan permainan tersebut akan tiba pada 19 Mac 2021 ini di konsol PlayStation 5.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Returnal adalah permainan berbentuk penembak pandang ketiga di mana pemain akan bermain sebagai Selene dan perlu bertempur dengan pelbagai jenis musuh dan beliau terperangkap di dalam satu gelung masa di mana beliau akan dihidupkan semula jika tumpas oleh musuh.
Housemarque iaitu studio pembangun permainan yang terkenal dengan permainan penembak seperti Matterfall, Alienation dan semestinya Resogun.
Jadi bagi anda yang berminat dengan pembangun Housemarque, pastikan anda dapatkan permainan ini menjelang tahun hadapan.