Acara The Game Awards 2020 akhirnya tamat di mana berikut adalah senaria-senarai pemenang yang diumumkan di mana permainan yang membahagi peminat dengan pelbagai kontroversi, The Last Of Us Part II berjaya membawa pulang sebanyak tujuh anugerah termasuklah permainan terbaik untuk tahun 2020.

Jadi berikut adalah senarai pemenang ketika acara The Game Awards 2020:

  • Permainan Terbaik Tahun Ini – The Last Of Us Part II
  • Permainan Dengan Arahan Terbaik – The Last Of Us Part II
  • Permainan Dengan Persembahan Terbaik – Laura Bailey sebagai Abby (The Last Of Us Part II)
  • Permainan Multi-Pemain Terbaik – Among Us
  • Permainan Berterusan Terbaik – No Man’s Sky
  • Permainan Dengan Arah Seni Terbaik – Ghost Of Tsushima
  • Permainan Dengan Muzik Latar Terbaik – Final Fantasy VII Remake (Komposer Nobuo Uematsu, Masashi Hamauzu dan Mitsuto Suzuki)
  • Permainan Rekaan Audio Terbaik – The Last Of Us Part II
  • Permainan Inovasi Di Dalam Kebolehcapaian – The Last Of Us Part II
  • Naratif Permainan Terbaik – The Last Of Us Part II (Ditulis Oleh Neil Druckmann dan Halley Gross)
  • Permainan Dengan Impak Terbaik – Tell Me Why
  • Permainan Indie Terbaik – Hades
  • Permainan Mudah-Alih Terbaik – Among Us
  • Permainan Dengan Sokongan Komuniti Terbaik – Fall Guys: Ultimate Knockout
  • Permainan Indie Debut Terbaik – Phasmophobia
  • Permainan Realiti-Maya/Realiti Terimbuh Terbaik – Half-Life Alyx
  • Pencipta Kandungan Terbaik – Valkyrae
  • Permainan Aksi Terbaik – Hades
  • Permainan Aksi Pengembaraan Terbaik – The Last Of Us Part II
  • Permainan RPG Terbaik – Final Fantasy VII Remake
  • Permainan Perlawanan Terbaik – Mortal Kombat 11 Ultimate
  • Permainan Keluarga Terbaik – Animal Crossing: New Horizons
  • Permainan Strategi/Simulasi Terbaik – Microsoft Flight Simulator
  • Permainan Sukan/Perlumbaan Terbaik – Tony Hawk’s Pro Skater 1+2
  • Permainan Esukan Terbaik – League Of Legends
  • Atlet Esukan Terbaik – Heo “Showmaker” Su (Pemain League of Legends)
  • Pasukan Esukan Terbaik – G2 eSports (Untuk League of Legends)
  • Jurulatih Esukan Terbaik – Danny “Zonic” Sorensen (Untuk Counter-Strike: Global Offensive)
  • Acara Esukan Terbaik – League Of Legends World Championship 2020 (League of Legends)
  • Juruhebah Esukan Terbaik – Effje “Sjokz” Depoortere

Ketika sepanjang acara tersebut, kami di Aksiz juga mengadakan siaran langsung Re-Aksiz Langsung di mana anda boleh ulang tonton tayangannya di bawah.

Sohor Kini