WarnerMedia membuat perubahan drastik dalam pengedaran filem baharu mereka untuk tahun 2021. Kesemua filem 2021 Warner Bros. akan disiarkan di HBO Max serentak dengan tayangan di pawagam selama sebulan tanpa sebarang caj tambahan seperti sewaan atau belian digital. Ia adalah percuma untuk pelanggan. Tetapi, percubaan langganan percuma akan dihentikan. Harga langganan adalah sekitar RM60 lebih, dan pada hemat saya ini adalah harga yang sangat berbaloi.
Legendary tidak gemar dengan keputusan WarnerMedia ini, kerana mereka tidak dijemput untuk berbincang mengenai hal ini. WarnerMdia juga mungkin akan disaman. Tetapi, ini berbeza dengan Disney. Filem-filem Disney adalah dari mereka sendiri termasuk Marvel dan 20th Century Studio. Baru-baru ini New York Times melaporkan yang mereka turut akan mengikut strategi HBO Max, tetapi sedikit berbeza.

Filem-filem baharu Disney turut akan disiarkan di Disney+ secara percuma tanpa bayaran seperti yang dilakukan pada filem Mulan. Tetapi, bukan semua filem akan disiarkan secara percuma. Filem-filem bajet besar akan menjadi eksklusif di pawagam. Contoh, filem yang gempak dan bajet besar seperti Avengers akan kekal di wayang dan filem seperti Aladdin akan disiarkan. Antara filem yang dijangka akan menerima nasib seperti ini adalah filem aksi nyata Peter Pan & Wendy, mungkin filem seakan “Soul” dan filem aksi nyata “Pinocchio” lakonan Tom Hanks akan disiarkan percuma dan filem seperti Black Widow adalah di wayang.
Harga langganan Disney juga adalah tidak mencapai RM40+, dan ini adalah satu tawaran yang sangat berbaloi. Disney+ juga adalah platform yang amat popular, kerana tidak sampai setahun boleh mencapai 74 juta pelanggan – sedangkan Netflix mengambil masa 7 tahun untuk mencapai jumlah tersebut yang mana kini sudah mencapai 195 juta. Disney+ dijangka akan mencapai jumlah pelanggan 100 juta dalam masa terdekat ini.
Apa kata anda mengenai penawaran filem baru seperti ini? Adakah anda lebih gemar tonton di rumah atau di wayang?