Netflix hari ini telah berkongsi beberapa perkembangan yang telah dicapai pada tahun 2020. Menurut Netflix, tahun ini adalah tahun “Year of Many Moods”.

Pengguna Malaysia dikatakan gemar menonton dram-drama Asia, lebih-lebih lagi K-Drama. It’s Okay to Not Be Okay adalah antara yang meraih perhatian ramai sehingga siri TV ini kekal dia Top 10 Netflix Malaysia selama 100 hari. Kemudian siri TV terbaru, Start-Up menjadikan tanda tagar #TeamJiPyeong tular. Siri TV Lee Min Ho yang ramai nanti-nantikan turut menjadi popular – The King: Eternal Monarch. Selain itu, filem aksi juga mendapat perhatian yang baik, lebih-lebih lagi filem Extraction lakonan Chris Hemsworth. Filem aksi lain yang digemari adalah Project Power, Spenser Confidential, Sangkar dan Wira.

Tambahan Netflix lagi, pengguna di Malaysia turut gemar menonton filem yang pelakon utama adalah wanita seperti The Old Guard dan Enola Holmes. Siri TV juga turut tersenarai, seperti Emily In Paris.

Paling mengejutkan adalah, pengguna Malaysia banyak menonton anime dan dokumentari dua kali lebih banyak dari tahun 2019 pada tahun ini. Filem yang ditonton adalah Pokémon: Mewtwo Strikes Back – Evolution, dokumentari pula adalah Tiger King: Murder, Mayhem and Madness dan Blackpink: Light Up the Sky.

Tahun 2020 ini juga adalah tahun pelakon Korea Selatan Park Shin Hye, dengan dua filem baharu – iaitu #Alive mengenai zombi dan The Call yang bermain dengan masa dan adalah filem yang suspen. #Alive berada di senarai Top 10 di 90 negara dan adalah antara filem paling popular di Malaysia.

Leave a Reply