Selepas mendengar ura-ura yang Hailee Steinfield akan memainkan watak Kate Bishop dalam Hawkeye, akhirnya gambar di set penggambaran mengesahkannya. Hailee akan berganding bahu dengan Clint sebagai anak didik untuk menjadi sehebat Hawkeye.

Terkini, gambar di set penggambaran memperlihatkan Hailee Steinfield dalam kostum Kate Bishop yang terkenal dalam komik. Kostum yang dipakai oleh Hailee dilihat mirip dengan rekaan di komik, iaitu berwarna ungu gelap dan ungu cari juga bercampur dengan hitam dan kelabu. Penggunaan rekaan ini jelas sekali, adalah fan service agar peminat berpuas hati dengan pilihan Disney dan Marvel.

Masih tidak jelas lagi, apakah sinopsis untuk jalan cerita siri TV ini. Di dalam komik, Kate Bishop turut menggunakan nama Hawkeye dan adalah pengganti Kate Bishop selepas Clint mati di tangan musuh.

Sohor Kini