Melalui kenyataan rasmi di blog permainan Halo, Joseph Staten iaitu penulis untuk siri permainan Halo mengumumkan yang mana permainan Halo Infinite akan dilancarkan sekitar suku keempat tahun hadapan di konsol Xbox Series, Xbox One dan Pc melalui Steam dan Microsoft Store.
Seperti anda sedia maklum, permainan tersentuk sebelum ini ditunda dari tahun ini ke tahun hadapan atas sebab ia memerlukan masa untuk dibangunkan.
Pada masa yang sama, di dalam kenyataan blog yang sama, Joseph Staten juga berkongsi beberapa galeri imej permainan tersebut termasuklah beberapa imej dan rekaan watak yang pemain boleh lakukan dan peta lokasi untuk bentuk multi-pemain permainan tersebut.