343 Industries dan Xbox Game Studios hari ini mengumumkan yang permainan Halo Infinite telah ditunda ke tahun 2021. Permainan tersebut sepatutnya dikeluarkan pada akhir tahun ini, bersama dengan pelancaran Xbox Series X.

Menurut mereka, keputusan tersebut dibuat adalah selepas pelbagai faktor termasuk juga dengan pandemik covid-19 yang memberikan cabaran kepada pasukan pembangun.

Mereka sebelum ini telah memperlihatkan video bentuk permainan bagi Halo Infinite di mana ia diterima dengan baik tetapi ada kritikan berkenaan kualiti grafik yang disertakan.

Halo Infinite akan dikeluarkan pada tahun 2021 untuk Xbox Series X, Xbox One dan PC. Mod multi-pemain akan ditawarkan secara percuma.

Leave a Reply