Monster Hunter merupakan siri permainan aksi yang sangat popular dari Capcom di mana ia mula diperkenalkan pada tahun 2004 di konsol PlayStation 2. Sejak itu sudah banyak permainan video dihasilkan untuik pelbagai platform. Terkini, permainan video ini diadaptasi menjadi filem aksi nyata.

Filem ini mengisahkan askar yang secara tidak sengaja dipindahkan ke dunia lain yang penuh dengan raksasa. Pasukan askar ini secara tidak langsung terpaksa bertempur dengan raksasa-raksasa ini, yang mana adalah Diablos, Gore Magala, Palico dan Rathalos. Antara askar dalam pasukan ini dilakonkan oleh Milla Jovovich dan Tony Jaa. Baru-baru ini, Comic Con Brazil telah di adakan – iaitu CCXP. Di acara tersebut, Sony telah berkongsi klip khas memperlihatkan askar ini bertempur dengan raksasa Rathalos.

Filem ini dilihat akan ditayangkan di Malaysia pada 28 Januari ini. Dengan pawagam yang bakal dibuka pada 16 Disember di lokasi yang terpilih, harapnya ia akan terus dibuka agar filem ini dapat ditonton.

Sohor Kini