Skip to main content

Pencipta Black Mirror, Charlie Brooker akan hadir dengan satu lagi filem pada tahun ini bersama Netflix. Ia adalah filem pendek, iaitu sejenis dokumentari parodi mengenai perkara yang berlaku pada tahun 2020. Ia berjudul “Death To 2020”. Gaya filem ini adalah seakan temuramah, yang mana Hugh Grant dilaporkan akan menjadi pakar sejarah menceritakan peristiwa tahun 2020.

Terkini, Netflix hadir dengan video acah baharu memperlihatkan senarai pelakon bagi filem ini. Antara pelakon dalam filem dokumentari parodi ini adalah Samuel L. Jackson (MCU, Nick Fury), Leslie Jones (Ghostbuster, Patty), Lisa Kudrow (Friends, Phoebe), Joe Keery (Stranger Things, Steve Harrington). Lain pelakon yang disenaraikan termasuklah Kumail Nanjiani, Tracey Ullman, Samson Kayo, Diane Morgan, Cristin Milioti dan banyak lagi.

Tahun 2020 adalah tahun yang bersejarah. Perkara paling teruk adalah Covid-19, kemudian berlakunya kemarian Kobe Bryant, Trump tewas dengan Biden dan banyak lagi. Disebabkan ini adalah parodi, ia adalah satu filem lucu yang akan membuat penonton ketawa terbahak-bahak (harapnya). Adakah ini filem komedi terakhir 2020 dari Netflix? Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply