Ejen Ali adalah siri animasi tempatan yang dihasilkan oleh Wau Animation. Ejen Ali mempunyai dua musim siri TV, sebelum hadir dengan filem pertama – Ejen Ali The Movie pada tahun lepas. Filem ini turut meraih populariti yang hebat dan telah memenangi banyak anugerah. Ejen Ali turut boleh distrim di Netflix.
Terkini, mengembangkan lagi pasaran Ejen Ali adalah dengan memperkenalkan siri TV ini di China. Kedua-dua musim siri TV ini kini menembusi pasaran China melalui platform penstriman terbesar di sana, iaitu Tencent Video. Wau Animation telah bekerjasama dengan CAWRO untuk menjayakan perkara ini.
Buat masa ini, hanya siri animasi sahaja yang disiarkan di China. Filem mungkin belum lagi, memandangkan ia masih baru dan baru sahaja tiba ke Netflix pada November lepas.