Informasi Permainan Video Terkini
Filem Metal Gear Solid Akan Mengikut Cara Penceritaan Hideo Kojima

Filem Metal Gear Solid Akan Mengikut Cara Penceritaan Hideo Kojima

Diterbitkan pada Ogos 8, 2018 oleh .

Metal Gear merupakan siri permainan yang sudah semestinya dikenali ramai. Walaupun siri tersebut kini hak milik Konami dan pencipta siri ini iaitu Hideo Kojima tidak lagi terlibat namun bagi filem permainan ini, beliau tetap akan menjadi sumber yang penting.

Filem Metal Gear Solid yang berdasarkan permainan yang dikeluarkan pada tahun 1998 dengan nama yang sama akan diarahkan oleh Jordan Vogt-Roberts yang sebelum ini mengarah Kong: Skull Island.

Melalui temubual bersama Collider, beliau mengatakan ingin mengikut cara penceritaan Hideo Kojima bagi filem ini. Ini untuk memastikan filem tersebut disukai oleh peminat tegar siri permainan ini dan pada masa yang sama boleh diterima oleh orang lain.

Filem ini masih diperingkat awal dan produksi masih tidak bermula. Namun, menurut Jordan Vogt-Roberts skrip untuk filem ini sudah disiapkan dan beliau sangat menyukainya.

Filem berdasarkan siri permainan tidak mempunyai sejarah yang baik, namun kami tetap filem ini akan mengubahnya.


TIPS & ULASAN