Skip to main content

Metal Gear adalah siri permainan video yang dicipta oleh Hideo Kojima. Walau bagaimanapun, beliau tidak lagi terlibat dalam filem ini dan hanya merupakan sumber yang penting. Siri permainan ini dimiliki oleh Konami dan kelak akan terdapat satu filem berdasarkan jalan penceritaan asal Hideo Kojima.

Ogos tahun lepas, kami laporkan yang mana Jordan Vogt-Roberts akan mengarah filem Metal Gear Solid. Sebelum ini, beliau telah mengarah filem dalam siri MonsterVerse – Kong: Skull Island. Terkini, pelakon Oscar Isaac (terkenal dengan filem Star Wars sebagai Poe Dameron) dilihat berminat untuk melakonkan watak Solid Snake.

Tidak pasti lagi, jika Oscaar Isaac akan terlibat dengan filem ini. Tetapi pengarahnya Jordan Vogt-Roberts dilihat memang berminat, sehingga memohon pereka grafik konsep terkenal Boss Logic untuk hadir dengan rekaan konsep. Akan tetapi, rekaan ini adalah berasakan Oscar Isaac Naked Snake dan bukannya Solid Snake.

Leave a Reply