Sold Out dan Metronomik telah berkongsi kemaskini yang akan tiba untuk permainan No Straight Roads. Melaluinya, ia akan menyertakan kandungan memfokuskan sambutan Christmas. Ia akan tiba secara percuma sekitar minggu ini.
Selepas kemaskini ini tiba, pemain boleh memilih untuk melawan mana-mana bos menggunakan tema Christmas yang akan memberikan rekaan peringkat, kostum dan juga lagu berdasarkan perayaan tersebut. Ia juga akan disertakan untuk pemain yang baru sahaja memulakan permainan ini.
No Straight Roads sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di sini; Ulasan No Straight Roads – Permainan Sulung Metronomik Yang Penuh Citarasa Unik Dan Sentuhan Tempatan.