Hawkeye adalah satu lagi siri TV MCU untuk Disney+. Siri TV ini akan memfokuskan kepada watak Clint Barton/Hawkeye bersama-sama dengan Kate Bishop. Siri TV ini juga mungkin akan memperlihatkan kehidupan Clint Bartin semasa menjadi Ronin dan akan juga mungkin akan memfokuskan kehidupan selepas Endgame.

Kate Bishop adalah anak didik Hawkeye, di mana di dalam komik Kate turut menggunakan nama adiwira yang sama – iaitu Hawkeye. Pelakon Kate Bishop sejak tahun lepas lagi dikhabarkan adalah Hailee Steinfeld. Tetapi Disney masih tidak memberi sebarang kata putus dan meneruskan pencarian pelakon lain. Nampaknya, pencarian pelakon sudah tamat dan Hailee Steinfeld sah memainkan watak Kate Bishop.

Baru-baru ini, gambar Hailee Steinfeld dan Jeremy Renner dilihat berada di stesen kereta api di set penggambaran siri TV ini. Hailee dilihat memegang busur dan turut memakai baju berwarna ungu yang selari dengan tema Kate Bishop di dalam komik. Jalan cerita penuh siri TV Hawkeye masih lagi tidak dikongsi. Jadi tidak pasti, Kate Bishop ini sudah ada semasa zaman Clint menjadi Ronin atau selepas.

Siri TV ini disasarkan untuk disiarkan bermula pada tahun hadapan di Disney+. Sama-sama kita nantikan butiran lanjut mengenainya. Teruskan ikuti kami di Aksiz untuk berita menarik Marvel/MCU.

Sohor Kini