Seperti biasa, setiap tahun Google akan hadir dengan anugerah “Best of 2020”. Anugerah ini menobatkan aplikasi, filem, permua, buku digital terbaik dari pilihan Google sendiri atau juga pengguna. Untuk aplikasi, Disney+ dinobatkan sebagai juara untuk aplikasi terbaik tahun ini.

Disney+ adalah platform penstriman video tersendiri dari Disney yang memuatkan banyak kandungan dari Disney dan juga Fox (kini 20th Century Studio). Sayang sekali, sehingga hari ini Disney+ masih belum tiba untuk pengguna Malaysia. Anugerah ini juga hanya boleh dipilih oleh pengguna-pengguna Play Store di Amerika Syarikat. Tetapi, masih mengejutkan untuk aplikasi penstriman yang baru ini boleh menang berbanding banyak lagi aplikasi penstriman lain yang sudah lama di pasaran.

Sohor Kini