Skip to main content

Epic Games telah melancarkan musim ke-5 untuk Fortnite Chapter 2 selepas berakhirnya musim ke-4 selepas pemain bersama melawan Galactus pagi tadi, menurut mereka, acara tersebut telah mencatat 15.3 juta pemain serentak dan 3.4 juta pemain menontonnya di Twitch dan Youtube.

Seperti sebelum ini, bermulanya musim baharu, beberapa kawasan akan mempunyai perubahan rekaan termasuk juga kawasan baharu. Selain itu, ia juga akan menyertakan barangan kosmetik seperti kostum, senjata dan hiasan senjata baharu.

Antara kostum yang disertakan adalah Manda daripada siri The Mandalorian, termasuk juga ‘Baby Yoda’ sebagai beg. Terdapat juga Leka yang direka seakan watak anime menggunakan gaya seni cel-shaded. Kostum-kostum ini boleh didapati melalui Battle Pass, yang turut disertakan bersama dengan langganan Fortnite Crew.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android.

Leave a Reply