Epic Games hari ini telah mengumumkan perkhidmatan langganan baharu untuk pemain Fortnite iaitu Fortnite Crew. Dengan harga bayaran $11.99 sebulan, bermula pada 2 Disember ini.

Melaluinya, pemain akan mendapat Battle Pass untuk musim tersebut, 1,000 V-Bucks dan Crew Pack.

Bagi Battle Pass yang kebiasaan bernilai 990 V-Bucks, pemain akan mendapat untuk satu musim. Di mana, semusim biasanya adalah 10 minggu iaitu lebih 2 bulan, oleh itu anda akan terus mendapat kelebihan Battle Pass, walaupun tidak lagi melanggan Fortnite Crew untuk bulan berikutnya.

Manakala untuk V-Bucks, anda akan mendapat 1000 V-Bucks sebulan, yang bernilai $7.99 (~RM32) atau RM27 di PS Store. Bergantung kepada di mana anda melanggan Fortnite Crew, V-Bucks akan diberikan untuk platform tersebut. V-Bucks di PS4 dan Switch tidak boleh digunakan di platform lain.

Akhir sekali adalah Crew Pack, di mana pelanggan akan mendapat barangan kosmetik iaitu satu kostum dan sekurang-kurangnya satu aksesori. Barangan yang disertakan adalah eksklusif untuk pek tersebut dan tidak akan ditawarkan untuk pembelian secara terus di Store.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, PC dan Android.

Sohor Kini