2021 merupakan ulangtahun ke-60 syarikat permainan video terkemuka dari Jepun, Sega. Berasal dari negara yang sangat dikenali dengan peperiksaan yang sangat sukar, Sega dikatakan akan menyambut ulangtahun tersebut dengan satu siri peperiksaan.
Dinamakan Sega Test, peperiksaan ini boleh diambil oleh para peminat Sega untuk melihat sedalam manakah pengetahuan mereka mengenai syarikat tersebut.
Ujian ini,yang akan diadakan pada 23 dan 24 Januari 2021 akan hadir dengan 60 soalan pilihan, dimana setiap soalan perlu dijawab dalam masa 60 saat.
Soalan-soalan ini akan menanyakan pelbagai soalan mengenai sejarah Sega, seperti perisian permainan, konsol fizikal, kreatif-kreatif yang membangunkan permainan dan juga teknik-teknik pemasaran yang digunakan di Jepun dan juga secara antarabangsa.
Sega mengatakan bahawa peperiksaan ini adalah untuk peminat tegar mereka, dan dari segi hadiah, pemenang dengan markah tertinggi akan diberikan anugerah “Sega 60th Master”, dan sejumlah kad Aime dan gambar Sega Shiro, anak kepada maskot Sega zaman dahulu, Segata Sanshiro.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ujian ini, anda boleh ke laman web Sega Test.