Gabungan fesyen dan permainan video bukanlah sesuatu yang baru. Jenama-jenama fesyen seperti Louis Vuitton dan sebagainya pernah berkolaborasi dengan studio-studio permainan video untuk mempromosikan pakaian-pakaian mereka.

Terkini, Balenciaga dilihat akan memperkenalkan rekaan fesyen terbaru mereka melalui sebuah permainan yang dinamakan Afterworld: The Age of Tomorrow.

Tidak banyak yang diketahui mengenai permainan ini, kecuali ia adalah sebuah permainan pelayar web yang didalam genre pengembaraan. Balenciaga turut mengatakan bahawa permainan Afterworld ini adalah interaktif, dan pemain boleh memilih jenis pengembaraan yang ingin dialami mereka.

Dalam pada itu, Balenciaga akan memperlihatkan sejumlah rekaan pakaian baru didalam permainan video tersebut dengan menggunakan teknologi grafik fotorealistik yang membuatkannya kelihatan seperti seakan-akan pakaian yang sebenar.

Permainan pelayar web Afterworld: The Age of Tomorrow, bersama-sama dengan pertunjukan fesyen Balenciaga akan dilancarkan pada 6 Disember kelak, selari dengan acara New York Fashion Week.

Sohor Kini