Skip to main content

Good Smile Company minggu ini akhirnya memperlihatkan figura Figma Jin Sakai daripada permainan Ghost Of Tsushima secara rasmi di mana ia dijadualkan untuk dilancarkan sekitar September 2021 ini secara global.

Menurut laman rasmi Good Smile Company, figura tersebut boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 7 Januari 2021 di mana ia dijual dengan harga ¥11,000(~RM430).

Seperti yang anda lihat di imej di atas, figura Figma tersebut akan menyertakan dua pilihan kepada buat Jin Sakai iaitu kepala yang memakai topeng Ghost dan kepala biasa.

Selain itu, ia juga akan sertakan 8 set pilihan gaya tangan bersama dengan senjata busur, anak panah dan pedang katana. Menariknya, menurut Figma, muka figura Jin Sakai ini dihasilkan dengan teknologi 3D Paintwork Technology yang menghasilkan kualiti wajah figura seakan rekaan asal watak tersebut.

Bagi anda yang meminati permainan Ghost Of Tsushima, semestinya figura ini adalah satu koleksi yang perlu anda miliki. Bagi anda yang berminat, anda boleh pra-tempah hari ini dan ia akan dilancarkan sekitar September tahun hadapan.

Leave a Reply