Sebelum ini telah kami laporkan mengenai filem sekuel bagi animasi Boss Baby. Apa yang menarik dengan sekuel ini adalah, Jeff Goldblum akan terlibat, bersama-sama dengan Jimmy Kimmel dan Lisa Kudrow. Judul filem sekuel ini adalah Boss Baby 2: Family Business. Terkini, video acah telah dipertontonkan.
Dalam video acah ini, ia memperlihatkan yang Tim dan Ted sudah dewasa dan Tina iaitu adik Tim dan Ted kini bertanggungjawab ke atas Baby Corps. Disebabkan bayi-bati sedunia diancam oleh Dr. Edwin Armstrong (lakonan Jeff Goldblum), Tim dan Ted berubah menjadi bayi dan bekerjasama dengan Tina untuk menyelamatkan bayi yang baik berubah menjadi jahat.
Pelbagai aksi lucu, comel dan pengembaraan menarik dipertontonkan. Buat masa ini masih tiada tarikh tayangan atau siaran lagi. Sama-sama kita nantikan.