Apple hari ini telah mengumumkan yang perkhidmatan Apple One mereka akan dilancarkan esok, sekurang-kurangnya di pasaran tertentu. Perkara tersebut diumumkan ketika panggilan pendapat bagi syarikat teknologi tersebut.

Seperti diumumkan pada bulan lepas, Apple One akan menyertakan kesemua perkhidmatan Apple iaitu Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan iCloud dengan satu harga langganan. Di Malaysia ia akan ditawarkan dengan harga RM33.90 sekeluarga dan RM19.90 untuk individu.

Bagi anda yang baru sahaja membeli peranti Apple selepas 22 Oktober, anda boleh dapatkan 3 bulan langganan Apple Arcade dan 1 tahun langganan Apple TV+ secara percuma.

Sumber: Amanz

Sohor Kini