Electronic Arts dan Respawn Entertainment hari ini mengumumkan yang mana permainan Apex Legends akan tiba di Steam secara rasmi pada 4 November 2020 ini seperti yang dijanjikan oleh mereka sebelum ini.

Menurut Chad Grenier, pengarah permainan tersebut, pelancarannya di Steam akan tiba secara bersama dengan musim ketujuh permainan tersebut. Menariknya, bagi pemain yang bermain di Origin, segala kemajuan boleh di bawa ke platform Steam secara terus.

Selain itu, EA juga mengumumkan yang mana versi Switch untuk permainan ini pula ditunda sehingga tahun hadapan. Dengan pelancarannya di platform tersebut kelak, mereka juga menjanjikan sokongan rentas-platform dan segala kandungan akan turut tiba secara bersama di Switch seperti mana di platform lain.

Sebelum ini, Respawn Entertainment juga mengumumkan Apex Legends Champion Edition turut akan dilancarkan kelak.

Apex Legends telah pun dilancarkan secara percuma di Playstation 4, Xbox One dan juga PC melalui Origin.

Sohor Kini