Skip to main content

EA dan Respawn Entertainment mengumumkan Apex Legends Champion Edition akan ditawarkan dengan harga $39.99, ia akan menyertakan kesemua champion, barangan Legendary dan juga 1000 Apex Coins. Video pengumuman boleh ditonton di bawah.

Tawaran ini adalah bagus untuk pemain baharu yang masih tidak mendapatkan champion, yang boleh didapati secara percuma dengan bermain. Ia akan membuka kesemua 9 champion setakat musim ke-7 iaitu Caustic, Mirage, Octane, Wattson, Crypto, Revenant, Loba, Rampart, dan hero baharu untuk musim ke-7.

Pemain juga akan mendapat kostum eksklusif seperti berikut;

  • “Risen Queen” Wraith
  • “Forged Knight” Revenant
  • “Hallowed Spirit” Crypto
  • “Curse of the Awaken” Triple Take
  • “Slayer’s Lancer” Flatline
  • “Jaded Myth” Sentinel
  • “Emperor Nessy XIV” Gun Charm

Apex Legends Champion Edition akan tiba untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Origin apabila musim ke-7 tiba kelak.

Leave a Reply